Monday 27 August 2012

Penipuan guna nama Kastam KLIA


SEPANG: Sebanyak 15 kes membabitkan penipuan berjumlah ribuan ringgit menggunakan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan dalam tempoh enam bulan tahun ini. 


Pengarahnya, Datuk M Govinden, berkata jumlah penipuan tertinggi setakat ini berlaku bulan lalu apabila seorang wanita memasukkan RM100,000 ke akaun bank seorang individu yang mendakwa dirinya pegawai kastam

"Wanita itu dikatakan dihubungi oleh individu berkenaan untuk memberitahu bahawa rakannya yang sama belajar dengannya kini ditahan dan dia dikehendaki memasukkan wang terlebih dahulu sebelum rakannya boleh dibebaskan. 



"Apabila gagal menghubungi rakannya itu beberapa kali, wanita tersebut terus memasukkan wang yang diminta dan kemudian baru menghubungi pihak kastam yang langsung tidak mengetahui perkara itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.  sumber dari Berita Harian



Ha kome kat luar sane berhati2 lah ye.. aku tergerak nak tulis pasal artikel ni sebab semalam aku terjumpe seorang kakak ni kat surau tinggat  3 KLIA. Aku kan koje kat sini so kakak tu nampak le aku nye airport pass.  tiba kakak ni datang kat tanye kot2 aku kenal x sape2 yg koje ngan kastam aku tanye le kenape? Dia cakap suaminya, kene tahan dengan kastam sebab bawak sejumlah wang from Lonton to Malaysia, untuk melepaskan suami dia, kakak ni kene le mambayar RM5k dengan memasukkan duit tersebot ke acount number pihak ke 3, dan transaksi perlulah melalui Bank Rakyat sahaja ( haaa kat situ cam dah ade yg x kene kan?) bile kakak tuh tanye dia nape kene masukkan duit kat nama pihak ke 3, pegawai kastam tuh cakap ni account oditer (hai nampak beno le tipunyekan) Ok setelah memasukkan RM5k tuh kakak tu pon bergegas le ke KLIA, dengan harapan suami dia dapat dibebaskan dari tahanan kastam. Setibanye dia di KLIA, dia  menerima SMS yg mengatakan RM5k x cukop untuk membawa keluar suaminye dari tahanan kastam. ( haa penipuan lagi sbb tadi kate rm5k je ni nak suh tambah duit lagi kan). Kakak tu kene bankin lagi RM4980 juga melalui Bank Rakyat,

Rase bersipati dengan cerita kakak tu, aku pon calling2 ler Abang Long tersayang, almaklom ler abang aku nih profeser serba tahu hikhikhik,  Long (singkatan dari abg long) beritahu aku yang kakak ni dah kene tipu. Long dah tolong 4 ke 5 org yang kes macam ni. ( uhh hebat rupe nye long aku nih hikhikhik). Aku bagi phone aku kat kakak tuh, suh dia bercakap sendiri dengan long. Long suh dia wat polis report.but kakak tuh x mo buat polis repot takut nanti kes lagi perpanjangan..(hadoi.. bile org nak tolong x mo dengar cakap pulak).  Memandangkan dia xmo dengar nasihat long aku, so aku pon udah cam tawar hati ler nak tolong kakak tuh kan. but pada firasat aku ler kakak itu emang kene tipu ler ngan laki dia.. sbb laki dia yg x bagi dia report polis.  Ape citer kakak tuh aku x tau le lepastuh.. harap dia x teros kene tipu...doa kan yg baik2 je le untuk dia...

sekarang ni macam2 cara orang nak tipu kite. so berhati-hati lah...

sekian....