Sunday 20 January 2013

keropok ikan made in Thailand

Salam hari isnin.....

Malam tadi suami berhenti mengisi minyak di Petron SG Besi, sedang dia mengisi minyak, dia dihampiri seorg lelaki yang aku rase mukin dalam lingkungan umur belasan tahun, menjual keropok ikan. Kebetulan stok keropok emang dah abis kat rumah so suami pon beli. RM12.00 500gram. x tahu le murah ke mahal niat kan sedekah je le, rase simpati pulak sbb budak yang jual tuh dari thailand, jauh deme merantau mencari rezeki yang halal. Dema tanya elok2 xde pon paksa kite untuk beli barangan mereka, Mukin mereka dah ade kat situ sejak dari pagi muka pon dah nampak keletihan. Sangat kagum dengan usaha mereka menggengdong bag kena kemari mencari pembeli.







 tiba2 rase insaf klu kita fikir kita susah ade org lagi susah.

wasallam....

Friday 18 January 2013

Ekstrak Kacip Fatimah boleh melegakan senggugut yang kuat


Apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid? 


Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormone Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahem untuk mengeluarkan darah haid dalam rahem.

Pengeluaran hormone Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.

Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.

Dimanasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doctor bagi mengesan masalah yang lebih serius.

Doktor akan melakukan pemeriksaa fizikal terutama pada bahagia kemaluan untuk memeriksa rahem. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahem di dalam abdomen.

Oleh itu saya mencadangkan agar mencari doctor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dialkukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. antaranya:

1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.

2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.

4. Boleh tuam menggunakan beg plastic atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.

5. Banyak kajian mendapati bahawa pengambilan ekstrak Kacip Fatimah 30mg beberapa hari sebelum kedatangan haid dapat mengurangkan senggugut yang teruk.

6. Akhir sekali, Boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol atau ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.


berminat??? hubungi saya segera harga promosi RM90 termasuk pos
Faezah : 012-3387357
facebook: https://www.facebook.com/pages/Lovely-Zahra/395900917171045




EKSTRAK KACIP FATIMAH



Ekstrak KACIP FATIMAH keluaran UTM adalah bersih, terjamin dan halal kerana UTM mempunyai makmal sendiri dan kajian saintifik telah dilakukan oleh penyelidik UTM dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM.

Ia adalah ekstrak 100% dan tidak dicampur bahan lain, bukan seperti kebanyakan keluaran lain. Jika digunakan dengan betul, insya ALLAH selamat. Ia membantu kebanyakan wanita untuk mendapatkan kitaran haids yang lebih sempurna.

Kajian penggunaan ekstrak KACIP FATIMAH telah dijalankan oleh beberapa professor di Institut Pembangunan Bioproduk, UTM. Mereka mengakui ekstrak herba Kacip Fatimah sebagai alternative ubat bagi wanita yang mengalami masalah haid.

Kacip Fatimah bukan saja boleh digunakan untuk wanita yang bersalin, tetapi wanita yang mengalamimasalah dalam sistem peranakan, seperti masalah senggugut, kitrana haids yang tidak teratur, fibroid dan endometriosis di peringkat awal dan ovarian cyst yang kurang 3cm.

Kacip Fatimah juga digunakan untuk mendapatkan ovum yang berkualiti. Bagi wanita yang tidak hamil atau wanita yang belum berkahwin, ia memberikan tenaga dan meningkatkan metabolism wanita.

Bagi wanita yang baru melahirkan anak, kacip Fatimah adalah herba yang terbaik untuk mengecutkan rahem, meningkatkan sel darah merah dan memberikan tenaga.

Promo RM 90 termasuk pos 
Call Faezah 012-3387357 facebook https://www.facebook.com/pages/Lovely-Zahra/395900917171045