Wednesday, 31 October 2012

Dalam Hati Ada Taman....



adeh.. dah lame aku x layan citer2 melayu nih, tibe2 terjatuh cinta pulak kat citer ni DALAM HATI ADA TAMAN (DHAT). gandinagn mantap Randy Panggalila & Elfira Loy dalam drama sebelom ni, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang so manjadikan aku tertarik nak tengok pulak DHAT ni huhuhu...

Barisan pelakon pon emang best dalam citer ni ade Amy Mastura, Didi Alias, Sharifah Sakinah, dan beberapa bariasan pelakun handalan yg lain huhuhu.

Waktu Tayangan Astro Ria (104) Jam 9 mlm setiap Isnin bermula 29/10/2012 13 episod,



“Menonton Mimpi Sampai Ke Bintang, saya berasa teruja kerana keindahan babak dirakamkan. Malah, senyuman saya nampak cantik sekali. Ia bagaikan menonton filem atau iklan televisyen, sedangkan ia hanya drama,” katanya.

Menarik menerusi drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Randy bukan saja berlakon tetapi turut mencipta dan menyanyikan lagu temanya. Lagu itu sudah lama dalam simpanannya sebagai koleksi peribadi.

“Saya pernah memperdengarkannya kepada Michael dan dia berminat. Malah, katanya, ada babak ditulis diilhamkan daripada lirik lagu yang saya cipta. Setakat ini, lagu pertama belum ada judulnya dan lagu kedua, Everything I Need.

“Ia akan disusun semula oleh Tam Spider dan kerja-kerja rakaman juga akan dilakukan sama waktunya dengan penggambaran Dalam Hati Ada Taman,” katanya.  Petikan dari Metro



so layan le lagu ni ye.. amik mood.



Wednesday, 24 October 2012

AWAS ADE YANG MEMERHATI...


Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau “Skim Cepat Kaya” di Jalan Raya?




Kamera AES Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?
Setakat pelaksanaan kamera AES  Malaysia untuk FASA 1 ini, seramai 63,558 pesalah trafik telah pun berjaya dikesan  sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Dalam erti kata lainnya, mereka-mereka ini telah menjadi “pelanggan” kepada 2 syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd…
Kalau sebelum ini ada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meminta Kementerian Pengangkutan Jalan supaya menangguhkan & mengkaji semula pelaksanaan kamera AES Malaysia (Sistem Penguatkuasaan Automatik)
Kami tiada masalah dengan sistem kamera AES Malaysia. Tetapi biarlah ada logik daripada aspek pelaksanaan dan lokasi yang dipilih untuk diletakkan kamera AES Malaysia ini.
Lokasi AES Malaysia Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?

Bagaimana Kamera AES Malaysia Ini Beroperasi?

  1. Secara ringkasnya, lokasi kamera AES Malaysia akan ada satu garisan hitam (sensor) di pasang melintangi “lane” pada “certain points. Dan sensor tersebut dinamakan Piezo Sensor
  2. Kereta akan lalu atas garisan dan jikalau kelajuan kereta tersebut melebihi had yang sepatutnya, sensor (yang telah diprogram untuk mengesan kelajuan yang telah melebihi had) akan hantar signal kepada kamera AES Malaysia ini dan secara automatiknya ia akan “trigger” kamera tersebut untuk menangkap gambar kereta yang telah menjadi “sasaran”
  3. Manakala pada waktu malam, akan terpancar cahaya flash yang menerangi wajah pemandu dan penumpangnya.
Camera AES Malaysia  Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?Terdapat pemasangan 831 kamera AES Malaysia ini di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd
Terus-terang kami katakan, jika kamera AES Malaysia ini diwujudkan untuk bertujuan dan diharapkan mampu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia,kami kurang bersetuju. Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh dilakukan sebagai salah satu usaha tetapi kami sangat yakin impaknya untuk mengurangkan kadar kemalangan amatlah kecil.

Kamera AES Malaysia VS Ragam Pengguna Jalan Raya

Kemalangan atau sebarang kesalahan jalan raya ini semua atas sebab sikap dan mentaliti pengguna jalan raya. Contohnya, apa yang kami perhatikan beberapa senario di jalan raya di depan mata kami seperti …..
  • Kereta masing-masing membawa laju
  • Sampai ke highway Kajang, ada sebiji kamera AES Malaysia ini menyala.  Kereta Proton Perdana yang tengah laju nampak lampu kamera AES Malaysia ini menyala, terus brek secara mengejut, tak tentu arah jadinya kereta-kereta di belakang brek mengejut takut langgar belakang kereta
  • Hampir-hampir berlaku kemalangan
  • Akhirnya jumpa kamera AES malaysia contohnya punyalah “bersopan-santun memandu kereta” tetapi selepas sahaja melepasi kamera tersebut…………………….masing-masing menjadikan pedal minyak untuk berlumba-lumba menekan sekuat hati. Kesudahannya?
Kadang-kadang yang pemandu apabila contohnya kamera AES Malaysia diletakkan di kedudukan strategik yang dirasakan sememangnya patut diletakkan kemara ini, berhati-hatilah membawa kereta. 
  • Ada kami jumpa sebuah kereta Camry, pemandunya brek terus tukar lorong
  • Bayangkan dari 150 kmph, nak “drop” ke 90kmph dengan cepat. Bukankah menyusahkan & membahayakan pemandu lain?
  • Bawa laju, tapi takut kena saman? Erm…..
Saman AES Malaysia Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?Tetapi….janganlah sampai ruang dan peluang yang diberikan itu diambil kesempatan denganmeletakkan kamera AES Malaysia syarikat anda secara membuta tuli, bersepah-sepah sehingga lokasi yang tidak sepatutnya diletakkan kemera AES Malaysia, dipacak juga disebabkan atas nama keselamatan. Keselamatan? Keselamatan atau keuntungan?
Hanya di Malaysia, seperti biasa kita akan kaji secara serius apabila sesuatu projek itu sudah berjalan. Seperti apa yang berlaku pada kes meter baru TNB. Apabila sudah siap dipasang barulah keluar arahan mahu dihentikan seketika atas alasan nak kaji balik. Walaubagaimanapun setakat Kementerian Pengangkutan masih lagi belum ambil pusing saranan suara dari Dewan Rakyat….
P/S : Kos sebiji kamera AES Malaysia hampir mencecah RM800,000, dan mula dipasang di merata tempat secara berperingkat-peringkat, baru sekarang minta kerajaan kaji?
PP/S : Apa kata pengguna jalan raya di sini dengan pelaksanaan kameraAES Malaysia ini? Patut atau tidak? Kenapa? Ada yang sudah menjadi pelanggan kepada salah sebuah syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd?
 BERITA DIPETIK DARI: BERITA SEMASA

Travel kos Kota Kinabalu 3H2M

Hai ni last pos aku untuk jalan2 di KK, utuk sape2 yg nak travel tuh mukin ni boleh jadi kome punye buget gak le kan...

ha tiket dah beli since last year, mase beli nih belom pon beranakkan Zahraa. beli mase AA promo last year hikhikhik,


 Harga tiket untuk 3 org( Aku, Adam, Suami) RM156 sajok, bile dah kompem nak fly baru le add on makan, Baggage, dan nama Zahraa, so total RM350.



 Siap2 booking hotel gune, Booking.com. buget hotel sajok RM160 untuk 2 malam.

Kereta sewa kami pakai myv sajok RM120 satu hari. Lain2 kos, Kinabalu park Rm3 untuk dewasa, kanak2 free, bot ke Pulau Manukan dewasa RM23+RM7.20(termil free)+ RM3 at Pulau Manukan.

Harap dapat menjadi panduan kepada sesiapa yg nak ke KK.. so boleh le buget2 nak bawak bape byk kan hikhikhik...

Sekian...

Tuesday, 23 October 2012

3 Hari 2 Malam Kota Kinabalu ( Part 3)

21/10/2012 Hari terakhir kami di KK. Bagun seawal 5.30 pagi( almaklom le kat sane waktu cepat huhuhu). bersiap2, mahu ke Pulau Manukan. Sangat teruja mau p ke Manukan sbb org dok habaq pulau ni cantik so tersangat le teruja nak p kesana, Siap2 pakai baju mandi dari hotel, sbb senang kang x payah nak sibok2 nak cari tolet nak tukar baju. Untuk ke Pulau Manukan kome perlu ambil bot di Jesselton Point. More info about Jesselton Point click HERE, Setelah membeli tiket utuk ke Pulau Manukan Dewasa Rm23 + Terminal Fee Rm7.20, Kanak2 Rm18 + Terminal Fee RM3.60.


ha tu dia, bot berbaris menunggu penumpang huhuhu,

Adam boring..

 ade bot p Labuan juga, but perjalanan 3 jam. lame wooo

Setelah menunggu setengah jam bot pon jalan. kami dah siap2 cakap kat counter mase beli tiket tuh mau balik jam 11.

best naik bot just 10min udah sampai pulau.

 Alhamdulilh udah selamat sampai, kene bayo RM3,

ni je le gambo yg ade pakai camera phone je pon huhuhu..

Lebih kurang 1jam main air anak2 dah mula meragam, sbb bagun awal kan so kami pon naik ganti baju siap ganti baju anak dah nangis2 nak tido teros je p jety sampai je kat jety anak2 menyusu n teros tido.. jam 11 bot sampai balik hotel teros je mandi kemas barang ape yg patut, teros p airport, kali ni kami sampai awal di airport huhuhu, but nasib x menyebelahi kami sebab flight kami delay 1jam 20min. jenuh kome menunggu hihihi..Ape pon sangat seronok berjalan-jalan di Sabah.. ade mase, ade rezeki lebih kami datang lagi....

Sekian catatan saye...











Monday, 22 October 2012

3hari 2malam Kota Kinabalu (part 2)

20/10/2012 hari genab usia Zahra 1 tahun hai kejab je mase berlalu.. Zahra menari2 sambil menggoyang2 kan kepala bile kita org nyayi selamat hari lahir untuk nye..

Ok kite sambung semula cerita untuk hari kedua, kami plan mahu p ke Kinabalu Park cuaca hujan pada pagi sabtu, namun niat untuk ke Kinabalu Park masih di teruskan dengan harapan hujan akan reda bile kami sampai keatas nanti. Perjalanan dari KK ke Kinabalu Park mengambil mase lebih kurang  2jam. Hujan mengiringi perjalanan kami, Alhamdulilh anak2 tido sahaje dlam perjalanan mukin sebab sejuk. Perjalanan menuju ke Kinabalu Park amat indah.. bukit bukau kabus tebal air terjun tersangat lah indah ciptaan Tuhan. tapi sayang kami x bawak camera, so permandangan yg indah itu  x dapat dikongsi bersama hikhikhik.

Kami sampai di Kinabalu Park jam 11.00 pagi hari masih hujan, agak susah bagi aku yg mempunyai anak2 kecik ni berjalan ketika hari hujan, so kami decide untuk tour dalam kereta sahaja huhuhu, kereta kita boleh bawak masuh sampai ketinggian 4 meter.

jadi ler bergambar kat sini wat kenangan,


adam bad mood baru bangun tido

kabus sangat tebal sejuk...

hujan...

Oleh kerana hujan xde pon tanda2 nak berhenti kami pon turun le semula ke KK, jadi le merasa sampai walau pon x dapat turun kereta sbb hari hujan. Sampai je bawah jam sudah pukul 2 perot pon terasa lapar mencari2 restoran halal untuk makan tengah hari, selesai makan hampir jam 3 petang, so kami ingan meneruskan perjalanan ke Lok Kawi Wildlife.  Dengan harapan sempat sampai sbb Lok Kawi Wildlife tutup jam 5 petang. Dalam perjalanan ke Lok Kawi hujan turun lagi agak lebat jadi kami pon mambatalkan hajat untuk kesana.

Sampai je kat hotel mandi2 rehat sekejab lepas tu keluar lagi lepas maghrib konon nye nak cari kedai kek nak celebrate birthday Zahra but x jumpe pulak kedai kek so terkubur le hajat ahahhaha, so cari je kedai untuk mkn malam, malas dah nak p philipin market sbb mlm minggu lagi sesak, so mkn je kat restoran biase but still mkan ikan bakar huhuh, cepat2 mkan pastu balik hotel sbb nak tengok bola Kelantan VS ATM huhuuhhu, selesai sudah hari ke2 kami..

Sunday, 21 October 2012

3 hari 2 malam Kota Kinabalu ( part 1)

Salam.. lame betul x menulis.. ok mari aku citer pengalaman aku travel with 2 kids, pengalaman yang best bagi aku sbb travel ngan anak kecik..

Pagi 19/10/2012 kami pon bersiap2 mau p LCCT sbb flight kami pukul 10.20 pagi. Almaklom le ade anak kecik so agak lewat dari rumah walaupon rumah kat nilai jer pon, 20minit udah sampai LCCT.  


Kami sampai di LCCT jam 9.40pagi, hadoi dah lambat le ni, teros berbaris nak check in bag, sekali minah yg jaga check in bag tu cakap "sory puan gate dah close so x boleh check in lagi". alamak aku dah panik, cik suami dah tarik muka, mase tu gak otak ligat berfikir mencari solution nak gak fly. Nasib le kami emang bawak cabin bag, so saiz x jagi masalah sbb emang kecik but... kg jer lebih dari 7kg( berat maksimum untuk cabin bag) so sampai je kat gate perlepasan tanya kat mamat yg jaga kat situ tanye boleh masuk lagi ke x, "dia kate boleh but kene cepat kak, pastu di kate bag akak ni macam berat je ni lebih dari 7 kg ni so kene kurang kan berat". sekali timbang bag tu berat 11kg. hadoi sekali lagi otak ligat berputar.. 

Sepantas kilat teringat emang ade bawak bag tesco,( hari tanpa bag plastik). so dengan selamba nye kat depan gate tu gak le aku bukak bag tuh transfer baju2 utuk kurang kan berat. dalam hati tu berdoa agar kami dapat fly sbb kesian kat Adam yg x sabar nak naik kapal.. dalam ketika kami sibok2 dok trasfer barang tuh ade pulak org lain yg dok tanye soalan kat penjaga laluan masuk tuh.. kami pon timbang bag sekali berat bag tu 9kg adoi.. so kami cepat jer blah sbb penjaga gate tuh sibok layan org lain so selamat.. bile dah sampai je kat balai berlapas tu,  kami adalah org terakhir yg naik flight, emang susah le nak naik dengan barang banyak.. dengan dukong anaknye lagi emang sungguh mencabar..

Alhamdulilh kami berjaya terbang.. Doa kami di makbulkan, sampai je dalam flight rase cam mimpi sbb berjaya juga fly huhuhu, emang lepas ni klu nak fly biar kite menunggu, klu jadi macam ni x ke kecut perot.

Setelah mengharungi perjalanan yg panjang bersama anak2 yang x tido langsung dalam flight 2 jam 30 minit yg membosankan. Kami selamat sampai di Kota Kinabalu. Tunggu kereta sewa,cari hotel penginapan yang aku booking menggunakan booking.com. Sampai di hotel lebih kurang jam 3.30ptg, hotel kami teletak ni kawasan Kampung Air, perot pon dah lapo nampak KFC so kami pon makan kfc je le wat alas perot. oleh kerana agak penat so kami lepak je dlm bilik  lepas maghrib baru nak gerak jln2 sekitar KK.

Setelah berehat kami pon keluar dari hotel sbb nak cari mkn mlm, Alamat kete kene blok sbb ade pasar macam pasar mlam le klu kat sini betul2 depan hotel kami, so kete kami dah x boleh nak kuar sebab dah kene blok dek payong2 org yg berniaga, hadoi macam mana ni nak bergerak klu xde kereta, but Allah permudahkan perjalanan kami sbb hotel kami bersebelahan terminal taxi so amik taxi je le cakap je kat pakcik tu nak p philipin market, kat sini taxi mahal bukak pintu jer udah rm10 okeh.. sebenar nye x jauh pon dari hotel kami, sbb meter tuh x sempat bergerak pon kami udah sampai.. so bayor le rm10 kat pakcik tuh, sampai le kami di philipin market. Ade baik nye juga kami x bawak kereta sbb jln nye sesak, nak cari parking pon agak susah la, sbb semua parking pon penuh. oleh kerana kami sampai agak awal so mudah untuk kami berjalan2, pasar ni besar macam2 ade. 

ha tu dia.. macam2 makan laut ade.. harga berpatutan ikot baget masing le ye..

ni je le makan mlm kami.. sebelom..

licin sudah.. Alhamdulilh...

Selesai makan, kami jalan sekitar pasar, penat pulak rase nye mendukong anak, ade banyak pasar malam sekitar kawasan kampung air, so kami pon decide nak jalan kaki jer sbb rase cam x terbaloi bayo rm10 kat pakcik taxi huhu, sambil2 jalan just cuci mate je le, sbb susah nak pilih2 barang sebab dukong anak,( buget pon xde ler nak shoping2 ni huhuh) lebih kurang 10 minit jalan kami pon sampai hotel. tamat le sudah hari pertama kami ni KK.