Wednesday, 21 November 2012

KELEBIHAN 10 MUHARRAM



Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)


Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Peristiwa besar yang berlaku pada hari 10 Muharram:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Inilah antara peristiwa besar pada 10 muharram yang telah berlaku.



Boikot McDonald VS Notis McDonald Malaysia!




Aku tertarik dgn notis pihak mekdonel malaysia, ‘kami membayar cukai setiap tahun kepada kerajaan malaysia’… eh kite pon bayo gak kan 6% tax. mukin deme lupe kot.

From Ustaz Hasrizal: Boycotting McDonalds is not typical. Boycotting McDonalds is not 'too mainstream'. Boycotting McDonalds is not 'layman'. Boycotting McDonalds is not 'orthodoxy'. Boycotting McDonalds is not shallow. Boycotting McDonalds is not 'backward'.

Boycotting McDonalds is strategic. Boycotting McDonalds is up-to-date. And it is never too late to start.

Only ego and narcism blind you from it. via Wardina Safiyyah FB.

untuk sesiapa yg belom bace lagi bace blog aku sebelom ni pasal MCD ni tolong le bace, so korang akan paham.. Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?

wasallam..

Friday, 16 November 2012

Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?



Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?


Saya cuba rumuskan jawapan yang boleh membantu.

Ini senario yang paling mungkin.

McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).

Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kempen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK. Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.

Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu Palestin memberi panduan umum.
- Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.

- bagaimana utk mengelakkan ini?
ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.

- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Mohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidak disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).

Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.

Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat.

Di sini kita merisaukan sahabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.

Semoga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.

"Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi"


Tuesday, 13 November 2012

DOA AKHIR TAHUN dan AWAL TAHUN

salam tahun baru 1434H,


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah 1434H.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
 Semoga tahun hadapan menjanjikan sebuah kehidupan yg lebih baik untuk kita semua.. amin..



TAK ABIS-ABIS PASAL AES...


Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am-9pm Waktu Bekerja Sahaja)?




Saman AES bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan utama pelaksaan saman AES ini agak baik di Malaysia, mahu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan).

Dan kami sebaenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kami mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa bersebab…..
Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?

Semakan kami menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :

Hanya akan beroperasi pada waktu bekerja sahaja. Sumber : http://www.wbez.org/story/quinn-signs-speed-camera-bill-chicago-96152
Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
Jika anda di sana memandu hanya lebih1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa
Begitu juga di Singapura. Di Singapura….

Jikalau had laju yang ditetapkan sekitar 80km/h tetapi anda memandu 90km/h anda tidak akan dikenakan saman
Jika had laju yang ditetapkan adalah 90km/h tetapi anda memandu pada kadar kelajuan 100kmj, anda juga tidak dikenakan saman trafik
Ini kerana, mana-mana kelajuan yang melebihi 10kmj daripada had laju yang telah ditetapkan, barulah saman trafik akan dikenakan
Kalau di Malaysia, lain pula corak operasi saman AES yang cuba dilaksanakan…..


Di Malaysia, AES beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu! Tanpa kenal erti penat lelah, tidak berhenti “bekerja” & terus bekerja untuk mencari mangsa seterusnya. “Alhamdulillah” berkat kerja keras pasukan AES Malaysia,sejumlah lebih 63,558 imej kesalahan lalu lintas berjaya dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September 2012 lepas. Satu angka yang cukup lumayan….
Jika kesalahan anda berjaya dirakam AES atas kesalahan memandu melebihi had laju walaupun waima hanya lebih 1kmh sahaja, anda perlu membayar jumlah penuh saman AES yang dikenakan iaitu sejumlah (RM300)


Perbezaan Lokasi Papan Tanda Amaran Saman AES Antara di Malaysia VS Amerika?





Jikalau di Amerika Syarikat purata pendapatan rakyat di sana sekitar USD2500 sebulan, sebarang kesalahan yang berjaya dirakam kamera AES akan dikenakan denda maksimum sekitar US100 sahaja. Berbanding di Malaysia, rakyat Malaysia yang berpendapatan RM1800 sebulan perlu membayar saman AES sebanyak RM300 untuk kesalahan yang sama. Samada anda membawa 111kmj ataupun 150kmj. Nilai Rm300 itulah yang perlu anda bayar atas kesalahan melebihi had laju yang telah ditetapkan…


Nasihat kami, elakkan menukarkan nilai matawang US kepada matawang Ringgit Malaysia. Perbandingan yang terbaik adalah nilai pendapatan mereka VS jumlah bayaran saman AES antara kedua belah negara

Tambahan pula, setiap instrumen elektronik mesti mempunyai had ralat.AES Redflex contohnya mempunyai kesilapan + / -1 MPH (1.609km/h). Jika ada yang terperangkap dengan kelajuan melebihi 1kmh, kami cukup yakin & percaya akan ada pada masa akan datang akan membawa mencabar kes ini ke mahkamah! Kerana apa? Nah….inilah antara sebab negara lain yang melaksanakan zon penampan had laju dengan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana kenderaan yang hanya memandu lebih 1-5mph daripada had laju yang ditetapkan. Tetapi di Malaysia?

Lagipun, sistem saman AES bukan dibawah PDRM mahupun JPJ. Milik siapakah sistem saman AES ini? Jawapan: syarikat Swasta …Persoalannya, sejak bila SYARIKAT swasta ada kuasa dalam bidang penguatkuasaan undang-undang jalanraya? Semakan banyak saman, semakin banyak untung yang diterima oleh syarikat yang mengendalikan saman AES ini. Jadi, adakah ini dikatakan mendidik?

Dan yang paling penting sekali, terma saman yangdigunapakai itu sendiri perlu difahami di mana dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebutkan begini…


“Jika seseorang pegawai polis, warden lalulintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.”

Tidak semestinya sistem dan niat yang baik boleh memberikan kesan yang baik sekiranya tidak dilaksanakan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak membebankan.

P/S : Saman AES boleh diteruskan dengan syarat pelaksanaannya dikaji semula. KAJI. Setuju?

PETIKAN DARI BERITA SEMASA

Thursday, 1 November 2012

PURE MARINE COLLAGEN RM25 INCLUDE POS VIA POSLAJU


Apa itu MARINE COLLAGEN?

Ianya sejenis kolagen mentah 100% asli dan belum diproses.. memang tiada campuran bahan2 lain.Ia bukan dalam bentuk serbuk, ni tumbuhan marin yang telah dikeringkan kaya dengan kolagen, tiada bahan kimia langsung..Collagen menyumbang 60% daripada jumlah keseluruhan protein dalam badan kita yang di dapati dalam tulang, otot, ligamen, tendon, sendi dan sebagainya. 


PURE MARINE COLLAGEN

  • Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300) 
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit) 
  • 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2 
  • Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6 KEBAIKAN 


MARINE COLLAGEN
Collagen / Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada collagen / kolagen. Fungsi kolagen adalah memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan. Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberikan kesegaran kepada kulit. Pengambilan yang berterusan juga mampu mengurangkan berat badan. Marine Collagen juga membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan dengan merangsang pembentukan sel baru.


KHASIAT MARINE COLLAGEN

  1. Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
  2. Melancarkan kitaran darah
  3. Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang
  4. Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan
  5. Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak
  6. membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh 
  7. Membantu merawat gastrik.
  8. Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  9. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  10. Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  11. Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  12. Membantu merawat penyakit gout.
  13. Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  14. Menguatkan tulang dan sendi.
  15. Meningkatkan sel rawan dan otot.
  16. Merawat penyakit gaut.
  17. Mencegah kanser
  18. Merawat Anemia.
  19. Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
  20. Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
  21. Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
  22. Menpercepatkan penyembuhan luka
  23. Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
  24. Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  25. Memberi Kekenyangan(diet).
  26. Melancarkan sistem metabolisme
  27. Memulihara usus kecil (sembelit)

SIAPA YANG BOLEH MANGAMBIL MARINE COLLAGEN?
  • Ibu mengandung (untuk kandungan 4 bulan ketasa sahaja)
  • ibu yang tidak bertenaga dan mudah letih
  • ibu yang menyusukan anak ( collegen ni tinggi mineral)
  • kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
  • wanita lepas persalin tidak di galakkan makan sehingga selepas 2 bulan.

ADAKAH LELAKI JUGA BOLEH MANGAMBIL MARINE COLLAGEN?
Ya lelaki juga boleh makan collagen kerana collagen hanyalah makanan kesihatan untuk seisi keluarga..
PENYEDIAAN MARINE COLLAGEN

  1. Basuh kolejen mentah
  2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
  3. Buang air rendaman tadi dan basuh 3 4 kali toskan sekejab
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus (untuk 100g, guna 2.5 L air)
  5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker atau boleh makan.
  6. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah. 

CARA MEMBUAT MASKER

1. Cuci muka
2. pastu sapu rata gumpalan kolagen di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci


WAKTU PENGAMBILAN MARINE COLLAGEN
Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan dan sebelum masuk tidur)


PERHATIAN Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.. banyakkan minum air kosong.





BERMINAT DENGAN PENJELASAN DIATAS????

100 gram RM25 termasuk kos pos

hubungi saya di talian : 0123387357

atau di facebook :
https://www.facebook.com/faezah.a.zaini