Thursday, 27 December 2012

Q&A ABOUT COLLAGEN

Assalammualaikum.. untuk yg malu2 bertanya tu saye siap kan jawapan untuk anda so x payah tanye2 dah, bace je kat bawah ni okey..


Q: ADA BRAPA JENIS DAN PERBEZAAN ANTARA KOLAGEN UNGU DAN PUTIH
A: YANG MENDPT SMBUTA ADA DUA SETAKAT INI, UNGU DAN KUNING EMAS..DUA DUA OK..TP JIKA PERMULAAN NAK CUBA..GUNA KUNING DULU PASTU CUBA YG UNGU...UNGU TINGGI SIKIT NUTRISI

Q:ADA PUTIH2 KAT KOLAGEN
A: TU HABLUR GARAM, AGEN ANTIBAKTERIA SEMULAJADI RUMPAI KERING. JGN RISAU..IA MUDAH DIBERSIHKAN DENGAN AIR

Q:UNGU LEBIH BERBAU HANYIR..MCM NA NAK ILANGKAN BAU?
A: BASUH TERLEBIH DAHULU DENGAN AIR PUTIH 6X..PASTU BASUH SEKALI ATAU DUA KALI DENGAN AIR ASAM JAWA..PASTU BERSIHKAN SEKALI LAGI DENGAN AIR BIASA.. MASA RENDAM..RENDAM DGN DAUN PANDAN.. KETIKA MEREBUS PON BOLEH LETAK DAUN  PANDAN , INSYA ALLAH BAU AKAN HILANG...

Q: ORIGINAL KE KOLAGEN NIH?
A: SETAKAT NIH..BELUM ADA LAGI CIPTAAN MANUSIA YG BOLEH MENIRU RUPA BENTUK RUMPAI LAUT INI..MAKNANYA...SEMUA RUMPAI YG DITAWARKAN ORIGINAL RUMPAI LAUT ECOTTANI

Q: BARANG XSMPAI LAGI..
A: KAMI HNYA MENGHNTAR...URUSAN PENGHNTARAN DITANGAN PIHAK CURIER..JIKA DAH DIHNTAR..WAKTU PENERIMAAN BERBEZA MGIKUT KAWASAN..2 HINGGA 3 HARI WAKTU BEKERJA DIPERLUKAN BAGI POSLAJU... HARAP BERSABAR YA :)

Q: ADA EXPIRED KE RUMPAI NIH?
A:JIKA PLASTIK XDIBUKA...TEMPOH BAIK DLM SETAHUN..JIKA DISIMPAN D PETI ASI KAT DROWER SAYUR SAYURAN TUE..LAGI LAMA BERTAHAN...JIKA DAH MASAK..JGN SIMPAN KAT LUAT P.ETI AIS LAMA2 K...IA CEPAT ROSAK DAN BASI...

Q:BERAPA HAD UMUR PENGGUNA KOLAGEN NIH
A:  UMUR 7 HINGGA 12 TAHUN..GUNA STENGAH SUDU 2 KALI SEHARI...UMUR 12 TAHUN KEATAS BOLEH MKN SESUDU ATAU LEBIH 3X SEHARI
ORG MENGANDUNG BAIK AMALKAN SELEPAS 4 BULAN USIA KANDUNGAN..ANDA AKAN MENDAPTKAN BAYI YG COMEL DAN BERKULIT PUITH...

Q:KENAPA RUMPAI NIH BERBEZA2 WARNA YA..KDG2 ADA PUTIH,KUNING DAN KUNING COKLAT
A:  SEBB..IA BERGANTUNG PADA CUACA..KALAU CUACA OK..WARNA RUMPAI KERING AKAN CANTIK..JIKA CUACA MENDUNG JE SELALU..MAKA WARNA PUN AKAN BERUBAH...NAMUN..IA MASIH MEMPUNYAI NUTRISI DAN KANDUNGAN YANG SAMA..

Q: DAH MASAK TP TTP CAIR DAN XBERAPA NAK JD JELLY
A:  SEBAB..AIR YG ANDA GUNAKAN BERKEMUNGKINAN TERLEBIH...BAIK GUANAKAN 1.5 LITER AIR SAHAJA MASA MEREBUS...

Q:HALAL KAH?
A: ALHAMDULILLAH HALAL...PENIAGA DAN PENTERNAK BERAGAMA ISLAM..

Q: APAKAH BERBEZAAN UNGUN DAN PUTIH DARI ASPEK FUNGSI
A: UNGU LEBIH KEPADA MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SPT SAKIT JANTUNG,STROK,GOUT,ASMA DAN SBGNYA... MANAKALA KUNING BERPERANAN LEBIH UNTUK KECANTIKAN LUARAN**** SILA AMBIL NOTE!

SO MARI BELI RM25 JER TERMASUK POS..
CALL SAYE FAEZAH 012-3387357

Friday, 21 December 2012

THE BIG BAD WOLF SALE

Salam Jumaat...

Allahamdulilh tercapai gak hajat nak p Bing Bad Wolf sale bertempat di THE Mines Convention Centre in Seri Kembangan, Selangor, bermula 7 sehingga 23 disember 2012. More info kome boleh click kat sini, aku beli sikit je buku sbb banyak buku oversea jer, emang murah n berbaloi-baloi untuk dibeli..



ni je le hasil tangkapan aku, beli buku anak2 jer.

bye..

Wednesday, 19 December 2012

From my point of view..: KIAMAT 21 DEC 2012???

From my point of view..: KIAMAT 21 DEC 2012???: Assalammualaikom.... salam 6 Safar 1434h, Almadulilh masih bernafas di bumi Allah ini...  Sepeti sedia maklom la ni sibok kat radio, tv,...

KIAMAT 21 DEC 2012???

Assalammualaikom.... salam 6 Safar 1434h, Almadulilh masih bernafas di bumi Allah ini... 

Sepeti sedia maklom la ni sibok kat radio, tv, newspaper dok pukul canang yg kiamat akan berlaku pada 21 dec 2012. itu semua adalah propaganda orang2 kafis yang nak menyesatkan umat islam.. Jika sebelom ini barat sibok mengpromosikan filem 2012 konon nye akan kiamat.. Bagaimanakah tersebarnya berita tentang kiamat ini sini jawapan nye: 

MEXICO CITY, KOMPAS.com — Arkeolog berhasil menemukan kalender suku Maya di sebuah kota tua zaman Maya yang telah runtuh, berlokasi di hutan hujan tropis Guatemala.
Kalender yang tertulis dalam huruf paku tersebut ditemukan bersama mural raja dan pembantunya. Sepertinya, kalender yang ditemukan telah menjadi rujukan bagi para astronom dan matematikawan sekitar tahun 800 Masehi.

 DiSeluruh Amerika Syarikat, Kanada dan seluruh Eropah, mazhab-mazhab dan individu-individu yang mempercayai ramalan tersebut berkata bahawa itulah harinya dunia yang kita tahu akan berakhir, laporan-laporan ABCnews.com.

Mayan yang purba, dikenali sebagai ahli matematik dan astronomi yang sangat maju, mengikuti satu "kiraan panjang" kalendar yang berakhir dalam 5,126 tahun. Apabila carta-carta mereka diterjemahkan pada kalendar Gregory yang bertaraf antarabangsa yang digunakan hari ini, tarikh terakhirnya ialah pada Dec. 21, 2012.

Ahli-ahli saintis telah cuba untuk menghapuskan senario hari kiamat ini sebagai telekan yang tak berasas, tetapi ianya jelas dengan adanya beribu-ribu orang yang menganggap kemungkinan suatu bencana akan berlaku diseluruh dunia pada tarikh itu amatlah benar. 

kalau nak diceritakan pasal kiamat 21/12/2012 sampai esok pon x abis, ape yg penting kita sebagai umat islam perlulah percaya kiamat pasti akan berlaku, yang hanya Allah sahaja tahu bila berlakunya kiamat.

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.. Bisa jadi ini mengacu kepada gempa di China, Tsunami di Aceh.
  8. Gempa bumi di Barat. Bisa jadi ini akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.. Kemungkinan kasus longsor di Mesir sebagai pembukanya.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Apa ini bahaya Nuklir?)

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Ape yang saye boleh simpulkan disini adalah, orang kafir juga percaya akan terjadinya kiamat, tetapi meraka tak mahu mempercayai Al-Quran oleh yang demikain meraka telah membuat andaian sendiri bile akan terjadinya kiamat. Kita sebagai umat islam perlulah berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran, jangan mudah terpedaya dengan propaganda orang kafir yang mahu menyesatkan umat Islam.

Wasallam... 


Wednesday, 21 November 2012

KELEBIHAN 10 MUHARRAM



Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)


Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Peristiwa besar yang berlaku pada hari 10 Muharram:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Inilah antara peristiwa besar pada 10 muharram yang telah berlaku.



Boikot McDonald VS Notis McDonald Malaysia!




Aku tertarik dgn notis pihak mekdonel malaysia, ‘kami membayar cukai setiap tahun kepada kerajaan malaysia’… eh kite pon bayo gak kan 6% tax. mukin deme lupe kot.

From Ustaz Hasrizal: Boycotting McDonalds is not typical. Boycotting McDonalds is not 'too mainstream'. Boycotting McDonalds is not 'layman'. Boycotting McDonalds is not 'orthodoxy'. Boycotting McDonalds is not shallow. Boycotting McDonalds is not 'backward'.

Boycotting McDonalds is strategic. Boycotting McDonalds is up-to-date. And it is never too late to start.

Only ego and narcism blind you from it. via Wardina Safiyyah FB.

untuk sesiapa yg belom bace lagi bace blog aku sebelom ni pasal MCD ni tolong le bace, so korang akan paham.. Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?

wasallam..

Friday, 16 November 2012

Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?



Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?


Saya cuba rumuskan jawapan yang boleh membantu.

Ini senario yang paling mungkin.

McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).

Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kempen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK. Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.

Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu Palestin memberi panduan umum.
- Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.

- bagaimana utk mengelakkan ini?
ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.

- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Mohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidak disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).

Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.

Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat.

Di sini kita merisaukan sahabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.

Semoga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.

"Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi"


Tuesday, 13 November 2012

DOA AKHIR TAHUN dan AWAL TAHUN

salam tahun baru 1434H,


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah 1434H.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
 Semoga tahun hadapan menjanjikan sebuah kehidupan yg lebih baik untuk kita semua.. amin..



TAK ABIS-ABIS PASAL AES...


Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am-9pm Waktu Bekerja Sahaja)?




Saman AES bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan utama pelaksaan saman AES ini agak baik di Malaysia, mahu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan).

Dan kami sebaenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kami mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa bersebab…..
Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?

Semakan kami menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :

Hanya akan beroperasi pada waktu bekerja sahaja. Sumber : http://www.wbez.org/story/quinn-signs-speed-camera-bill-chicago-96152
Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
Jika anda di sana memandu hanya lebih1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa
Begitu juga di Singapura. Di Singapura….

Jikalau had laju yang ditetapkan sekitar 80km/h tetapi anda memandu 90km/h anda tidak akan dikenakan saman
Jika had laju yang ditetapkan adalah 90km/h tetapi anda memandu pada kadar kelajuan 100kmj, anda juga tidak dikenakan saman trafik
Ini kerana, mana-mana kelajuan yang melebihi 10kmj daripada had laju yang telah ditetapkan, barulah saman trafik akan dikenakan
Kalau di Malaysia, lain pula corak operasi saman AES yang cuba dilaksanakan…..


Di Malaysia, AES beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu! Tanpa kenal erti penat lelah, tidak berhenti “bekerja” & terus bekerja untuk mencari mangsa seterusnya. “Alhamdulillah” berkat kerja keras pasukan AES Malaysia,sejumlah lebih 63,558 imej kesalahan lalu lintas berjaya dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September 2012 lepas. Satu angka yang cukup lumayan….
Jika kesalahan anda berjaya dirakam AES atas kesalahan memandu melebihi had laju walaupun waima hanya lebih 1kmh sahaja, anda perlu membayar jumlah penuh saman AES yang dikenakan iaitu sejumlah (RM300)


Perbezaan Lokasi Papan Tanda Amaran Saman AES Antara di Malaysia VS Amerika?





Jikalau di Amerika Syarikat purata pendapatan rakyat di sana sekitar USD2500 sebulan, sebarang kesalahan yang berjaya dirakam kamera AES akan dikenakan denda maksimum sekitar US100 sahaja. Berbanding di Malaysia, rakyat Malaysia yang berpendapatan RM1800 sebulan perlu membayar saman AES sebanyak RM300 untuk kesalahan yang sama. Samada anda membawa 111kmj ataupun 150kmj. Nilai Rm300 itulah yang perlu anda bayar atas kesalahan melebihi had laju yang telah ditetapkan…


Nasihat kami, elakkan menukarkan nilai matawang US kepada matawang Ringgit Malaysia. Perbandingan yang terbaik adalah nilai pendapatan mereka VS jumlah bayaran saman AES antara kedua belah negara

Tambahan pula, setiap instrumen elektronik mesti mempunyai had ralat.AES Redflex contohnya mempunyai kesilapan + / -1 MPH (1.609km/h). Jika ada yang terperangkap dengan kelajuan melebihi 1kmh, kami cukup yakin & percaya akan ada pada masa akan datang akan membawa mencabar kes ini ke mahkamah! Kerana apa? Nah….inilah antara sebab negara lain yang melaksanakan zon penampan had laju dengan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana kenderaan yang hanya memandu lebih 1-5mph daripada had laju yang ditetapkan. Tetapi di Malaysia?

Lagipun, sistem saman AES bukan dibawah PDRM mahupun JPJ. Milik siapakah sistem saman AES ini? Jawapan: syarikat Swasta …Persoalannya, sejak bila SYARIKAT swasta ada kuasa dalam bidang penguatkuasaan undang-undang jalanraya? Semakan banyak saman, semakin banyak untung yang diterima oleh syarikat yang mengendalikan saman AES ini. Jadi, adakah ini dikatakan mendidik?

Dan yang paling penting sekali, terma saman yangdigunapakai itu sendiri perlu difahami di mana dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebutkan begini…


“Jika seseorang pegawai polis, warden lalulintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.”

Tidak semestinya sistem dan niat yang baik boleh memberikan kesan yang baik sekiranya tidak dilaksanakan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak membebankan.

P/S : Saman AES boleh diteruskan dengan syarat pelaksanaannya dikaji semula. KAJI. Setuju?

PETIKAN DARI BERITA SEMASA

Thursday, 1 November 2012

PURE MARINE COLLAGEN RM25 INCLUDE POS VIA POSLAJU


Apa itu MARINE COLLAGEN?

Ianya sejenis kolagen mentah 100% asli dan belum diproses.. memang tiada campuran bahan2 lain.Ia bukan dalam bentuk serbuk, ni tumbuhan marin yang telah dikeringkan kaya dengan kolagen, tiada bahan kimia langsung..Collagen menyumbang 60% daripada jumlah keseluruhan protein dalam badan kita yang di dapati dalam tulang, otot, ligamen, tendon, sendi dan sebagainya. 


PURE MARINE COLLAGEN

  • Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300) 
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit) 
  • 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2 
  • Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6 KEBAIKAN 


MARINE COLLAGEN
Collagen / Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada collagen / kolagen. Fungsi kolagen adalah memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan. Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberikan kesegaran kepada kulit. Pengambilan yang berterusan juga mampu mengurangkan berat badan. Marine Collagen juga membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan dengan merangsang pembentukan sel baru.


KHASIAT MARINE COLLAGEN

  1. Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
  2. Melancarkan kitaran darah
  3. Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang
  4. Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan
  5. Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak
  6. membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh 
  7. Membantu merawat gastrik.
  8. Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  9. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  10. Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  11. Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  12. Membantu merawat penyakit gout.
  13. Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  14. Menguatkan tulang dan sendi.
  15. Meningkatkan sel rawan dan otot.
  16. Merawat penyakit gaut.
  17. Mencegah kanser
  18. Merawat Anemia.
  19. Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
  20. Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
  21. Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
  22. Menpercepatkan penyembuhan luka
  23. Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
  24. Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  25. Memberi Kekenyangan(diet).
  26. Melancarkan sistem metabolisme
  27. Memulihara usus kecil (sembelit)

SIAPA YANG BOLEH MANGAMBIL MARINE COLLAGEN?
  • Ibu mengandung (untuk kandungan 4 bulan ketasa sahaja)
  • ibu yang tidak bertenaga dan mudah letih
  • ibu yang menyusukan anak ( collegen ni tinggi mineral)
  • kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
  • wanita lepas persalin tidak di galakkan makan sehingga selepas 2 bulan.

ADAKAH LELAKI JUGA BOLEH MANGAMBIL MARINE COLLAGEN?
Ya lelaki juga boleh makan collagen kerana collagen hanyalah makanan kesihatan untuk seisi keluarga..
PENYEDIAAN MARINE COLLAGEN

  1. Basuh kolejen mentah
  2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
  3. Buang air rendaman tadi dan basuh 3 4 kali toskan sekejab
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus (untuk 100g, guna 2.5 L air)
  5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker atau boleh makan.
  6. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah. 

CARA MEMBUAT MASKER

1. Cuci muka
2. pastu sapu rata gumpalan kolagen di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci


WAKTU PENGAMBILAN MARINE COLLAGEN
Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan dan sebelum masuk tidur)


PERHATIAN Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.. banyakkan minum air kosong.





BERMINAT DENGAN PENJELASAN DIATAS????

100 gram RM25 termasuk kos pos

hubungi saya di talian : 0123387357

atau di facebook :
https://www.facebook.com/faezah.a.zaini




Wednesday, 31 October 2012

Dalam Hati Ada Taman....



adeh.. dah lame aku x layan citer2 melayu nih, tibe2 terjatuh cinta pulak kat citer ni DALAM HATI ADA TAMAN (DHAT). gandinagn mantap Randy Panggalila & Elfira Loy dalam drama sebelom ni, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang so manjadikan aku tertarik nak tengok pulak DHAT ni huhuhu...

Barisan pelakon pon emang best dalam citer ni ade Amy Mastura, Didi Alias, Sharifah Sakinah, dan beberapa bariasan pelakun handalan yg lain huhuhu.

Waktu Tayangan Astro Ria (104) Jam 9 mlm setiap Isnin bermula 29/10/2012 13 episod,



“Menonton Mimpi Sampai Ke Bintang, saya berasa teruja kerana keindahan babak dirakamkan. Malah, senyuman saya nampak cantik sekali. Ia bagaikan menonton filem atau iklan televisyen, sedangkan ia hanya drama,” katanya.

Menarik menerusi drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Randy bukan saja berlakon tetapi turut mencipta dan menyanyikan lagu temanya. Lagu itu sudah lama dalam simpanannya sebagai koleksi peribadi.

“Saya pernah memperdengarkannya kepada Michael dan dia berminat. Malah, katanya, ada babak ditulis diilhamkan daripada lirik lagu yang saya cipta. Setakat ini, lagu pertama belum ada judulnya dan lagu kedua, Everything I Need.

“Ia akan disusun semula oleh Tam Spider dan kerja-kerja rakaman juga akan dilakukan sama waktunya dengan penggambaran Dalam Hati Ada Taman,” katanya.  Petikan dari Metro



so layan le lagu ni ye.. amik mood.



Wednesday, 24 October 2012

AWAS ADE YANG MEMERHATI...


Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau “Skim Cepat Kaya” di Jalan Raya?




Kamera AES Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?
Setakat pelaksanaan kamera AES  Malaysia untuk FASA 1 ini, seramai 63,558 pesalah trafik telah pun berjaya dikesan  sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Dalam erti kata lainnya, mereka-mereka ini telah menjadi “pelanggan” kepada 2 syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd…
Kalau sebelum ini ada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meminta Kementerian Pengangkutan Jalan supaya menangguhkan & mengkaji semula pelaksanaan kamera AES Malaysia (Sistem Penguatkuasaan Automatik)
Kami tiada masalah dengan sistem kamera AES Malaysia. Tetapi biarlah ada logik daripada aspek pelaksanaan dan lokasi yang dipilih untuk diletakkan kamera AES Malaysia ini.
Lokasi AES Malaysia Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?

Bagaimana Kamera AES Malaysia Ini Beroperasi?

  1. Secara ringkasnya, lokasi kamera AES Malaysia akan ada satu garisan hitam (sensor) di pasang melintangi “lane” pada “certain points. Dan sensor tersebut dinamakan Piezo Sensor
  2. Kereta akan lalu atas garisan dan jikalau kelajuan kereta tersebut melebihi had yang sepatutnya, sensor (yang telah diprogram untuk mengesan kelajuan yang telah melebihi had) akan hantar signal kepada kamera AES Malaysia ini dan secara automatiknya ia akan “trigger” kamera tersebut untuk menangkap gambar kereta yang telah menjadi “sasaran”
  3. Manakala pada waktu malam, akan terpancar cahaya flash yang menerangi wajah pemandu dan penumpangnya.
Camera AES Malaysia  Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?Terdapat pemasangan 831 kamera AES Malaysia ini di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd
Terus-terang kami katakan, jika kamera AES Malaysia ini diwujudkan untuk bertujuan dan diharapkan mampu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia,kami kurang bersetuju. Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh dilakukan sebagai salah satu usaha tetapi kami sangat yakin impaknya untuk mengurangkan kadar kemalangan amatlah kecil.

Kamera AES Malaysia VS Ragam Pengguna Jalan Raya

Kemalangan atau sebarang kesalahan jalan raya ini semua atas sebab sikap dan mentaliti pengguna jalan raya. Contohnya, apa yang kami perhatikan beberapa senario di jalan raya di depan mata kami seperti …..
  • Kereta masing-masing membawa laju
  • Sampai ke highway Kajang, ada sebiji kamera AES Malaysia ini menyala.  Kereta Proton Perdana yang tengah laju nampak lampu kamera AES Malaysia ini menyala, terus brek secara mengejut, tak tentu arah jadinya kereta-kereta di belakang brek mengejut takut langgar belakang kereta
  • Hampir-hampir berlaku kemalangan
  • Akhirnya jumpa kamera AES malaysia contohnya punyalah “bersopan-santun memandu kereta” tetapi selepas sahaja melepasi kamera tersebut…………………….masing-masing menjadikan pedal minyak untuk berlumba-lumba menekan sekuat hati. Kesudahannya?
Kadang-kadang yang pemandu apabila contohnya kamera AES Malaysia diletakkan di kedudukan strategik yang dirasakan sememangnya patut diletakkan kemara ini, berhati-hatilah membawa kereta. 
  • Ada kami jumpa sebuah kereta Camry, pemandunya brek terus tukar lorong
  • Bayangkan dari 150 kmph, nak “drop” ke 90kmph dengan cepat. Bukankah menyusahkan & membahayakan pemandu lain?
  • Bawa laju, tapi takut kena saman? Erm…..
Saman AES Malaysia Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?Tetapi….janganlah sampai ruang dan peluang yang diberikan itu diambil kesempatan denganmeletakkan kamera AES Malaysia syarikat anda secara membuta tuli, bersepah-sepah sehingga lokasi yang tidak sepatutnya diletakkan kemera AES Malaysia, dipacak juga disebabkan atas nama keselamatan. Keselamatan? Keselamatan atau keuntungan?
Hanya di Malaysia, seperti biasa kita akan kaji secara serius apabila sesuatu projek itu sudah berjalan. Seperti apa yang berlaku pada kes meter baru TNB. Apabila sudah siap dipasang barulah keluar arahan mahu dihentikan seketika atas alasan nak kaji balik. Walaubagaimanapun setakat Kementerian Pengangkutan masih lagi belum ambil pusing saranan suara dari Dewan Rakyat….
P/S : Kos sebiji kamera AES Malaysia hampir mencecah RM800,000, dan mula dipasang di merata tempat secara berperingkat-peringkat, baru sekarang minta kerajaan kaji?
PP/S : Apa kata pengguna jalan raya di sini dengan pelaksanaan kameraAES Malaysia ini? Patut atau tidak? Kenapa? Ada yang sudah menjadi pelanggan kepada salah sebuah syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd?
 BERITA DIPETIK DARI: BERITA SEMASA

Travel kos Kota Kinabalu 3H2M

Hai ni last pos aku untuk jalan2 di KK, utuk sape2 yg nak travel tuh mukin ni boleh jadi kome punye buget gak le kan...

ha tiket dah beli since last year, mase beli nih belom pon beranakkan Zahraa. beli mase AA promo last year hikhikhik,


 Harga tiket untuk 3 org( Aku, Adam, Suami) RM156 sajok, bile dah kompem nak fly baru le add on makan, Baggage, dan nama Zahraa, so total RM350.



 Siap2 booking hotel gune, Booking.com. buget hotel sajok RM160 untuk 2 malam.

Kereta sewa kami pakai myv sajok RM120 satu hari. Lain2 kos, Kinabalu park Rm3 untuk dewasa, kanak2 free, bot ke Pulau Manukan dewasa RM23+RM7.20(termil free)+ RM3 at Pulau Manukan.

Harap dapat menjadi panduan kepada sesiapa yg nak ke KK.. so boleh le buget2 nak bawak bape byk kan hikhikhik...

Sekian...

Tuesday, 23 October 2012

3 Hari 2 Malam Kota Kinabalu ( Part 3)

21/10/2012 Hari terakhir kami di KK. Bagun seawal 5.30 pagi( almaklom le kat sane waktu cepat huhuhu). bersiap2, mahu ke Pulau Manukan. Sangat teruja mau p ke Manukan sbb org dok habaq pulau ni cantik so tersangat le teruja nak p kesana, Siap2 pakai baju mandi dari hotel, sbb senang kang x payah nak sibok2 nak cari tolet nak tukar baju. Untuk ke Pulau Manukan kome perlu ambil bot di Jesselton Point. More info about Jesselton Point click HERE, Setelah membeli tiket utuk ke Pulau Manukan Dewasa Rm23 + Terminal Fee Rm7.20, Kanak2 Rm18 + Terminal Fee RM3.60.


ha tu dia, bot berbaris menunggu penumpang huhuhu,

Adam boring..

 ade bot p Labuan juga, but perjalanan 3 jam. lame wooo

Setelah menunggu setengah jam bot pon jalan. kami dah siap2 cakap kat counter mase beli tiket tuh mau balik jam 11.

best naik bot just 10min udah sampai pulau.

 Alhamdulilh udah selamat sampai, kene bayo RM3,

ni je le gambo yg ade pakai camera phone je pon huhuhu..

Lebih kurang 1jam main air anak2 dah mula meragam, sbb bagun awal kan so kami pon naik ganti baju siap ganti baju anak dah nangis2 nak tido teros je p jety sampai je kat jety anak2 menyusu n teros tido.. jam 11 bot sampai balik hotel teros je mandi kemas barang ape yg patut, teros p airport, kali ni kami sampai awal di airport huhuhu, but nasib x menyebelahi kami sebab flight kami delay 1jam 20min. jenuh kome menunggu hihihi..Ape pon sangat seronok berjalan-jalan di Sabah.. ade mase, ade rezeki lebih kami datang lagi....

Sekian catatan saye...











Monday, 22 October 2012

3hari 2malam Kota Kinabalu (part 2)

20/10/2012 hari genab usia Zahra 1 tahun hai kejab je mase berlalu.. Zahra menari2 sambil menggoyang2 kan kepala bile kita org nyayi selamat hari lahir untuk nye..

Ok kite sambung semula cerita untuk hari kedua, kami plan mahu p ke Kinabalu Park cuaca hujan pada pagi sabtu, namun niat untuk ke Kinabalu Park masih di teruskan dengan harapan hujan akan reda bile kami sampai keatas nanti. Perjalanan dari KK ke Kinabalu Park mengambil mase lebih kurang  2jam. Hujan mengiringi perjalanan kami, Alhamdulilh anak2 tido sahaje dlam perjalanan mukin sebab sejuk. Perjalanan menuju ke Kinabalu Park amat indah.. bukit bukau kabus tebal air terjun tersangat lah indah ciptaan Tuhan. tapi sayang kami x bawak camera, so permandangan yg indah itu  x dapat dikongsi bersama hikhikhik.

Kami sampai di Kinabalu Park jam 11.00 pagi hari masih hujan, agak susah bagi aku yg mempunyai anak2 kecik ni berjalan ketika hari hujan, so kami decide untuk tour dalam kereta sahaja huhuhu, kereta kita boleh bawak masuh sampai ketinggian 4 meter.

jadi ler bergambar kat sini wat kenangan,


adam bad mood baru bangun tido

kabus sangat tebal sejuk...

hujan...

Oleh kerana hujan xde pon tanda2 nak berhenti kami pon turun le semula ke KK, jadi le merasa sampai walau pon x dapat turun kereta sbb hari hujan. Sampai je bawah jam sudah pukul 2 perot pon terasa lapar mencari2 restoran halal untuk makan tengah hari, selesai makan hampir jam 3 petang, so kami ingan meneruskan perjalanan ke Lok Kawi Wildlife.  Dengan harapan sempat sampai sbb Lok Kawi Wildlife tutup jam 5 petang. Dalam perjalanan ke Lok Kawi hujan turun lagi agak lebat jadi kami pon mambatalkan hajat untuk kesana.

Sampai je kat hotel mandi2 rehat sekejab lepas tu keluar lagi lepas maghrib konon nye nak cari kedai kek nak celebrate birthday Zahra but x jumpe pulak kedai kek so terkubur le hajat ahahhaha, so cari je kedai untuk mkn malam, malas dah nak p philipin market sbb mlm minggu lagi sesak, so mkn je kat restoran biase but still mkan ikan bakar huhuh, cepat2 mkan pastu balik hotel sbb nak tengok bola Kelantan VS ATM huhuuhhu, selesai sudah hari ke2 kami..

Sunday, 21 October 2012

3 hari 2 malam Kota Kinabalu ( part 1)

Salam.. lame betul x menulis.. ok mari aku citer pengalaman aku travel with 2 kids, pengalaman yang best bagi aku sbb travel ngan anak kecik..

Pagi 19/10/2012 kami pon bersiap2 mau p LCCT sbb flight kami pukul 10.20 pagi. Almaklom le ade anak kecik so agak lewat dari rumah walaupon rumah kat nilai jer pon, 20minit udah sampai LCCT.  


Kami sampai di LCCT jam 9.40pagi, hadoi dah lambat le ni, teros berbaris nak check in bag, sekali minah yg jaga check in bag tu cakap "sory puan gate dah close so x boleh check in lagi". alamak aku dah panik, cik suami dah tarik muka, mase tu gak otak ligat berfikir mencari solution nak gak fly. Nasib le kami emang bawak cabin bag, so saiz x jagi masalah sbb emang kecik but... kg jer lebih dari 7kg( berat maksimum untuk cabin bag) so sampai je kat gate perlepasan tanya kat mamat yg jaga kat situ tanye boleh masuk lagi ke x, "dia kate boleh but kene cepat kak, pastu di kate bag akak ni macam berat je ni lebih dari 7 kg ni so kene kurang kan berat". sekali timbang bag tu berat 11kg. hadoi sekali lagi otak ligat berputar.. 

Sepantas kilat teringat emang ade bawak bag tesco,( hari tanpa bag plastik). so dengan selamba nye kat depan gate tu gak le aku bukak bag tuh transfer baju2 utuk kurang kan berat. dalam hati tu berdoa agar kami dapat fly sbb kesian kat Adam yg x sabar nak naik kapal.. dalam ketika kami sibok2 dok trasfer barang tuh ade pulak org lain yg dok tanye soalan kat penjaga laluan masuk tuh.. kami pon timbang bag sekali berat bag tu 9kg adoi.. so kami cepat jer blah sbb penjaga gate tuh sibok layan org lain so selamat.. bile dah sampai je kat balai berlapas tu,  kami adalah org terakhir yg naik flight, emang susah le nak naik dengan barang banyak.. dengan dukong anaknye lagi emang sungguh mencabar..

Alhamdulilh kami berjaya terbang.. Doa kami di makbulkan, sampai je dalam flight rase cam mimpi sbb berjaya juga fly huhuhu, emang lepas ni klu nak fly biar kite menunggu, klu jadi macam ni x ke kecut perot.

Setelah mengharungi perjalanan yg panjang bersama anak2 yang x tido langsung dalam flight 2 jam 30 minit yg membosankan. Kami selamat sampai di Kota Kinabalu. Tunggu kereta sewa,cari hotel penginapan yang aku booking menggunakan booking.com. Sampai di hotel lebih kurang jam 3.30ptg, hotel kami teletak ni kawasan Kampung Air, perot pon dah lapo nampak KFC so kami pon makan kfc je le wat alas perot. oleh kerana agak penat so kami lepak je dlm bilik  lepas maghrib baru nak gerak jln2 sekitar KK.

Setelah berehat kami pon keluar dari hotel sbb nak cari mkn mlm, Alamat kete kene blok sbb ade pasar macam pasar mlam le klu kat sini betul2 depan hotel kami, so kete kami dah x boleh nak kuar sebab dah kene blok dek payong2 org yg berniaga, hadoi macam mana ni nak bergerak klu xde kereta, but Allah permudahkan perjalanan kami sbb hotel kami bersebelahan terminal taxi so amik taxi je le cakap je kat pakcik tu nak p philipin market, kat sini taxi mahal bukak pintu jer udah rm10 okeh.. sebenar nye x jauh pon dari hotel kami, sbb meter tuh x sempat bergerak pon kami udah sampai.. so bayor le rm10 kat pakcik tuh, sampai le kami di philipin market. Ade baik nye juga kami x bawak kereta sbb jln nye sesak, nak cari parking pon agak susah la, sbb semua parking pon penuh. oleh kerana kami sampai agak awal so mudah untuk kami berjalan2, pasar ni besar macam2 ade. 

ha tu dia.. macam2 makan laut ade.. harga berpatutan ikot baget masing le ye..

ni je le makan mlm kami.. sebelom..

licin sudah.. Alhamdulilh...

Selesai makan, kami jalan sekitar pasar, penat pulak rase nye mendukong anak, ade banyak pasar malam sekitar kawasan kampung air, so kami pon decide nak jalan kaki jer sbb rase cam x terbaloi bayo rm10 kat pakcik taxi huhu, sambil2 jalan just cuci mate je le, sbb susah nak pilih2 barang sebab dukong anak,( buget pon xde ler nak shoping2 ni huhuh) lebih kurang 10 minit jalan kami pon sampai hotel. tamat le sudah hari pertama kami ni KK.  




Tuesday, 25 September 2012

Wang Hantaran di Malaysia : RM12,000-RM15,000 Bagi Pasangan Lulusan Ijazah!!

Morning.. 

ha sape2 yg x kawin lagi tuh terutama lelaki kompem pening dok kumpul duit nak kawin huhuhu...malas nak membebel panjang2 pagi2 ni so kome bace je le petikan yg aku cedok dari berita semasa
 
Selamat membaca....

Wang Hantaran di Malaysia : Statistik sekarang menunjukkan kebanyakan kes perceraian banyak membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah. Sedangkan, tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan. Apa sebab musababnya? 

Punca Utama Kes Cerai di Malaysia Meningkat Ketika Ini?

Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.
  1. Suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh
  2. Pihak keluarga bakal isteri meletakkan wang hantaran yang tinggi kepada pihak lelaki
  3. Jikalau buat majlis kecil-kecil, takut dipandang hina dengan sesetengah masyarakat yang “busy body”, tidak kena tempat dan situasi
  4. Akhir sekali kami melihat ia kepada kehidupan masyarakat hari ini yang terlalu materialistik….Dan media-media juga selalu memainkan cerita perkahwinan artis-artis, dan kerabat-kerabat, dan VVIP yang gah sehingga menjadi ikutan masyarakat sehingga dijadikan trend hari ini.

Kes 1 : Wang Hantaran RM12,000 & Belanja Perkahwinan RM25,000

Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu. Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.
“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran yang merupakan seorang penyelia kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan. Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang”.
“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.”
“Jadi, dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini.” [Sumber : The Malaysian Insider]
Tinggal di Vista angkasa dengan pendapatan RM1,500? Bayaran sewa bulanan sahaja sudah mencecah RM1,000 sebulan. Siapa yang temberang? Ehem….

Kes 2 : Membuat pinjaman RM20,000 Untuk Belanja Perkahwinan

Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia dan isterinya.
“Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya.
“Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai,” kata Hadzrien lagi.
“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar. Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lagi. [Sumber : The Malaysian Insider]
Inilah bahananya apabila sesetengah pihak sekarang berlumba-lumba untuk menunjukkan kepada siapa punya anak gadis yang lebih tinggi hantarannya. Sepatutnya, keluarga di sebelah perempuan berfikir panjang untuk kebahagian anak gadisnya kelak, nak kena sama-sama menanggung hutang si suami. Agak-agak  jikalau si bakal suami berhutang terlalu tinggi, si bakal isteri itu akan terkena tempias juga tak? Fikirkankah sedalamnya sebelum meletakkan harga…bukan tak perlu tetapi biarlah munasabah dan berperikemanusiaan sehingga tidak dilihat seperti menjual “anak sendiri”.
“Adakah dengan meletakkan harga wang hantaran yang tinggi boleh menjamin kebahagian yang diidamkan?”
Dan disebabkan kekangan seperti inilah yang menyebabkan pasangan yang “akal singkat” menjadikan masalah mereka sebagai “lesen” untuk “berani” berzina & ringan-ringan dengan pasangan masing-masing sementara menunggu cukup “modal” untuk sediakan wang hantaran + buat kenduri + lain-lain lagi.
Sebenarnya kita disuruh oleh Islam membentuk suasana menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Tetapi lain pula yang jadi sekarang ini. Terbalik pula. Hakikatnya sekarang ini masyarakat hari ini memudahkan atau tidak ambil pusing yang haram dan bertambah malangnya juga di sini disukarkan pula yang halal. Contohnya?
  1. Pertama, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan JAMBATAN KESOMBONGAN IBUBAPA atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu tempoh masa yang lama. Sedangkan, asalkan diadakan walimah sudah mencukupi sebenarnya. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan.
  2. Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini?
  3. Akad nikah yang sebetulnya menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Cukup sekadar bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i apabila bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Tetapi apa yang berlaku hari ini semasa sesi akad nikah tok kadi bersama pengantin?
Dan disebabkan Islam tidak mewajibkan pasangan untuk menyediakan wang hantaran dan tidak menekankan majlis kenduri dan perkahwinan secara gah. Kami suka ingin mengatakan di sini dengan memberikan perbandingan yang mudah seperti di bawah ini :
  • Mark Zuckerberg kahwin.. sempoi sahaja. Gaun isterinya baru USD4700. Sedangkan beliau sangat kaya yang bertaraf bilionaire. Cukup sekadar beliau mengadakan majlis yang ringkas. Tiada diadakan majlis perkahwinan langsung.
  • Tetapi sayangnya, kita yang Islam dan dalam pada masa yang sama kelompok yang berpendapatan bawah daripada RM10,000 dilihat  berbelanja sakan ketika mengadakan majlis perkahwinan. Mengalahkan ______ Erm….Dari kad kahwin, banner, baju persalinan sampi 4-6 kali, ambil gambar di taman, kenduri kahwin dan macam-macam lagi. Orang kata biar papa asal bergaya. Inilah hasilnya….
Kami tidak mengatakan tidak boleh buat langsung atau kami mengutuk yang membuat acara-acara sedemikian. Kalau mampu teruskan, tetapi yang tidak mampu itu, berpijak pada bumi yang nyata. Ingat, selesai sahaja majlis perkahwinan perjalanan anda masih jauh meneruskan liku-liku kehidupan berumahtangga. kami sayangkan masyarakat kami, eloklah kami berkata sebelum “jangkitan kuman” ini menjadi semakin parah…
Apa kata anda pula dengan situasi yang berlaku pada hari ini terutamanya yang belum berkahwin?
P/S : Jikalau yang dah berkahwin, mungkin boleh berkongsi pengalaman dan cerita bersam yang bujang trang tang-tang lain di sini….
PP/S : Nampaknya, pasangan hari ini mengalami kesukaran berkahwin, akhirnya “Along-along yang berkeliaran menunggu mangsa” senyum kegembiraan….

akhir kate dari aku ikot kemampuan.. x paayah le nak berangan2 ala2 retis okeh...

bye...