ha sape2 yg x kawin lagi tuh terutama lelaki kompem pening dok kumpul duit nak kawin huhuhu...malas nak membebel panjang2 pagi2 ni so kome bace je le petikan yg aku cedok dari berita semasa
Selamat membaca....
Wang Hantaran di Malaysia : Statistik sekarang menunjukkan kebanyakan kes perceraian banyak membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah. Sedangkan, tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan. Apa sebab musababnya?
Punca Utama Kes Cerai di Malaysia Meningkat Ketika Ini?
Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.
- Suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh
- Pihak keluarga bakal isteri meletakkan wang hantaran yang tinggi kepada pihak lelaki
- Jikalau buat majlis kecil-kecil, takut dipandang hina dengan sesetengah masyarakat yang “busy body”, tidak kena tempat dan situasi
- Akhir sekali kami melihat ia kepada kehidupan masyarakat hari ini yang terlalu materialistik….Dan media-media juga selalu memainkan cerita perkahwinan artis-artis, dan kerabat-kerabat, dan VVIP yang gah sehingga menjadi ikutan masyarakat sehingga dijadikan trend hari ini.
Kes 1 : Wang Hantaran RM12,000 & Belanja Perkahwinan RM25,000
Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu. Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran yang merupakan seorang penyelia kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan. Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang”.“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.”“Jadi, dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini.” [Sumber : The Malaysian Insider]
Tinggal di Vista angkasa dengan pendapatan RM1,500? Bayaran sewa bulanan sahaja sudah mencecah RM1,000 sebulan. Siapa yang temberang? Ehem….
Kes 2 : Membuat pinjaman RM20,000 Untuk Belanja Perkahwinan
Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia dan isterinya.“Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya.“Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai,” kata Hadzrien lagi.“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar. Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lagi. [Sumber : The Malaysian Insider]
Inilah bahananya apabila sesetengah pihak sekarang berlumba-lumba untuk menunjukkan kepada siapa punya anak gadis yang lebih tinggi hantarannya. Sepatutnya, keluarga di sebelah perempuan berfikir panjang untuk kebahagian anak gadisnya kelak, nak kena sama-sama menanggung hutang si suami. Agak-agak jikalau si bakal suami berhutang terlalu tinggi, si bakal isteri itu akan terkena tempias juga tak? Fikirkankah sedalamnya sebelum meletakkan harga…bukan tak perlu tetapi biarlah munasabah dan berperikemanusiaan sehingga tidak dilihat seperti menjual “anak sendiri”.
“Adakah dengan meletakkan harga wang hantaran yang tinggi boleh menjamin kebahagian yang diidamkan?”
Dan disebabkan kekangan seperti inilah yang menyebabkan pasangan yang “akal singkat” menjadikan masalah mereka sebagai “lesen” untuk “berani” berzina & ringan-ringan dengan pasangan masing-masing sementara menunggu cukup “modal” untuk sediakan wang hantaran + buat kenduri + lain-lain lagi.
Sebenarnya kita disuruh oleh Islam membentuk suasana menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Tetapi lain pula yang jadi sekarang ini. Terbalik pula. Hakikatnya sekarang ini masyarakat hari ini memudahkan atau tidak ambil pusing yang haram dan bertambah malangnya juga di sini disukarkan pula yang halal. Contohnya?
- Pertama, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan JAMBATAN KESOMBONGAN IBUBAPA atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu tempoh masa yang lama. Sedangkan, asalkan diadakan walimah sudah mencukupi sebenarnya. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan.
- Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini?
- Akad nikah yang sebetulnya menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Cukup sekadar bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i apabila bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Tetapi apa yang berlaku hari ini semasa sesi akad nikah tok kadi bersama pengantin?
Dan disebabkan Islam tidak mewajibkan pasangan untuk menyediakan wang hantaran dan tidak menekankan majlis kenduri dan perkahwinan secara gah. Kami suka ingin mengatakan di sini dengan memberikan perbandingan yang mudah seperti di bawah ini :
- Mark Zuckerberg kahwin.. sempoi sahaja. Gaun isterinya baru USD4700. Sedangkan beliau sangat kaya yang bertaraf bilionaire. Cukup sekadar beliau mengadakan majlis yang ringkas. Tiada diadakan majlis perkahwinan langsung.
- Tetapi sayangnya, kita yang Islam dan dalam pada masa yang sama kelompok yang berpendapatan bawah daripada RM10,000 dilihat berbelanja sakan ketika mengadakan majlis perkahwinan. Mengalahkan ______ Erm….Dari kad kahwin, banner, baju persalinan sampi 4-6 kali, ambil gambar di taman, kenduri kahwin dan macam-macam lagi. Orang kata biar papa asal bergaya. Inilah hasilnya….
Kami tidak mengatakan tidak boleh buat langsung atau kami mengutuk yang membuat acara-acara sedemikian. Kalau mampu teruskan, tetapi yang tidak mampu itu, berpijak pada bumi yang nyata. Ingat, selesai sahaja majlis perkahwinan perjalanan anda masih jauh meneruskan liku-liku kehidupan berumahtangga. kami sayangkan masyarakat kami, eloklah kami berkata sebelum “jangkitan kuman” ini menjadi semakin parah…
Apa kata anda pula dengan situasi yang berlaku pada hari ini terutamanya yang belum berkahwin?
P/S : Jikalau yang dah berkahwin, mungkin boleh berkongsi pengalaman dan cerita bersam yang bujang trang tang-tang lain di sini….
PP/S : Nampaknya, pasangan hari ini mengalami kesukaran berkahwin, akhirnya “Along-along yang berkeliaran menunggu mangsa” senyum kegembiraan….
No comments:
Post a Comment