Wednesday 20 June 2012

kaitan hamster dengan penyakit kencing tikus



KUALA BERANG: Kerajaan perlu mengkaji kemungkinan penyakit berjangkit seperti kencing tikus ada kaitan dengan kegilaan masyarakat terutama kanak-kanak dan belia menjadikan hamster, sejenis tikus sebagai haiwan peliharaan.
Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat, meminta Jabatan Kesihatan dan Veterinar melakukan kajian bagi menentukan sejauh mana haiwan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dengan penularan penyakit kencing tikus.

Katanya, kerajaan negeri ada menerima laporan kaki dan tangan seorang penduduk yang menternak hamster lebih tujuh tahun lalu terpaksa dipotong akibat jangkitan virus air kencing tikus.

“Jika laporan itu betul, dua agensi kerajaan terbabit perlu menyiasat dan mengeluarkan garis panduan bagi mengharamkan penjualan dan ternakan hamster.

"Kita tidak pasti sejauh mana kaitannya, sebab itu kita minta dua agensi kerajaan terbabit membuat kajian, termasuk menguji air kencing hamster sama ada mengandungi virus yang boleh memudaratkan kesihatan manusia," katanya ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Marzuki Zakaria, berkata walaupun hamster ialah spesies tikus, tetapi pemeriksaan setakat ini mendapati haiwan itu tidak berbahaya.sumber di petik dari Berita harian online.

Penyakit kencing tikus
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola,demam ladang tebu, demam 7-hari)


Punca

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira.

Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua.

Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit.

Simptop
Sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, sakit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman. ( sumber dari Wikipidea)


gambar sekadar hiasan hihihi

Jadi berhati-hatilah wahai kawan-kawan semua. Pastikan basuh dahulu tin minum, makan, botol sos kicap dan lain2 yang kita beli sebelom kita menggunakannya. ini kerana barang2 tersebot mungkin terdedah kepada virus kencing tikus ini. "SESUNGGUHNYA MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI".

No comments:

Post a Comment