Sunday 1 July 2012

Perbandingan Harga Minyak Di Negara ASEAN. Harga Minyak di Malaysia Termurah? Brunei?



Berapa ramai pembaca Mingguan Malaysia? Semalam seperti biasa Utusan Malaysia menerbitkan akhbar Mingguannya yang bernama akhbar Mingguan Malaysia. Kami sempat perhatikan isi kandungannya dan kami perhatikan ada sedikit kejanggalannya di situ….
Apabila di satu sudut beritanya cuba untuk membuat perbandingan harga minyak dikalangan negara-negara Asean. Mereka cuba membandingkan :
  1. Malaysia VS Indonesia. Harga Minyak Malaysia masih murah
  2. Malaysia VS Thailand. Harga minyak di Malaysia tetap murah
  3. Malaysia VS Singapura. Harga minyak di Malaysia jauh lebih murah
  4. Malaysia VS Filipina. harga minyak di Malaysia dilihat sangat murah

Harga Minyak Di Malaysia Termurah di Negara ASEAN?

Akhirnya, menampakkan harga minyak di Malaysia adalah yang paling murah dikalangan negara-negara Asean. Tetapi persoalannya di mana maklumat harga minyak bagi negara Brunei? Adakah memang disengajakan atau Malaysia lebih berminat untuk membandingkan dengan nega-negara seperti di atas, bukannya Brunei?
  • Jikalau kita mahu berubah dan berusaha menjadi lebih baik, kita mesti membandingkan dengan pelajar yang setara atau lebih pandai daripada kita sendiri
  • Jikalau kita banding dengan pelajar yang paling corot dan kurang pandai, automatik kita akan dilihat bijak, pandai dan hebat
  • Jikalau begitu perbandingannya, sampai bilapun kita sukar untuk melihat peningkatan prestasi pada diri kita sendiri sebagai seorang pelajar
Apatah lagi negara Brunei cukup terkenal dengan kekayaan sumber petroleum dan gas aslinya. Jadi amatlah sesuai jika data Brunei dimasukkan sekali dalam perbandingan harga minyak di negara Asean. Sepatutnya dibuat perbandingan harga minyak dengan kalangan negara-negara yang ada minyak, barulah tampak ada keadilan di situ. Jikalau buat perbandingan dengan negara yang tiada minyak, memanglah Malaysia yang paling murah. Logiknya…..
  • harga buahan-buahan semasa musim hujan, murah atau mahal?
  • harga durian di  antara Malaysia dengan Singapura, yang mana satu lebih mahal? Mengapa?
Walaubagaimanapun, tidak mengapa. Kepada pembaca Mingguan Malaysia kami kongsikan di sini harga minyak di Brunei.

Harga Minyak Malaysia VS Harga Minyak di Brunei?

Kami sering perhatikan apabila dibuat perbandingan harga minyak, pastinya negara Brunei akan ditinggalkan dan lebih suka mengangkat dan membandingakan dengan negara-negara yang bukan pengeluar minyak seperti Thailand, Filipina, Singapura. Ini bukan satu pembandingan yang baik. Kita, Malaysia adalah pengeluar minyak dan sepatutnya dibandingkan negara pengeluar minyak juga seperti Brunei. Dan di bawah ini, adalah harga minyak di Brunei :
  • RON97 – B$0.547 = RM1.33
  • RON92 – B$0.536 = RM1.31
  • Diesel – B$0.325 = RM0.79
berita di petik dari :- BERITA SEMASA

No comments:

Post a Comment