Thursday 5 July 2012

Wanita dan Pakaian




Britain – Satu kajian yang dijalankan oleh Sure Women Linen Dry mendapati wanita menghabiskan wang secara purata sebanyak £84,000 sepanjang hayat mereka, namun 60 peratus daripada mereka masih mengadu tidak mempunyai baju untuk dipakai.
Kajian berkenaan mendapati wanita membeli 3,109 baju dalam beberapa lalu termasuk 271 pasang kasut berharga £13,989, 185 gaun (£7,699) dan 145 beg (£5,420).
Seramai 1,000 wanita terlibat dalam kajian berkenaan.
Dalam kajian tersebut, 41 peratus daripada wanita terbabit mengaku menukar baju sekurang-kurangnya dua kali sehari ( ye le x kan nak pakai dari pagi sampai mlm, lepas mandi mesti le pakai baju lain, opss lupe org putih mandi sekali sehari hihihih) dan mengenakan solekan selama lima kali sehari. ( ni klu retis le kot hihihih)
Sementara seorang daripada empat orang yang dikaji pula melihat cermin sekurang-kurangnya lima kali atau lebih dalam sehari.
10 peratus pula mengaku membeli pakaian dan aksesori setiap minggu, hanya untuk menghadiri majlis atau ke tempat kerja.
Manakala 14 peratus lagi mengaku barangan yang dibeli itu disembunyikan daripada pasangan masing-masing. ( ha sape buat sila angkat tangan hihihi)
Menurut Penolong Pengurus Jenama Sure for Women, Julie Spearman, kajian itu sekaligus menunjukkan wanita tidak pernah cukup dengan pakaian mereka.
Malah, katanya, ramai yang berdepan tekanan untuk memenuhi persekitaran serta perubahan semasa dan keadaan ini menunjukkan mereka akan sentiasa membeli pakaian baru.
Kajian itu juga menunjukkan kumpulan wanita muda berusia 25 tahun ke bawah, lebih banyak menghabiskan wang untuk gaya hidup mereka dengan jumlah keseluruhan dianggarkan £129,903.
Sementara mereka yang berusia 55 tahun ke atas pula lebih berjimat dan menghabiskan £63,571. Berita dipetik dari : http://mynewshub.my,



Ha tu dia nk baru kajian bab baju belom lagi kajian tentang kasut, beg, alat mekap, agak nye klu le deme wat kajian intan belian batu pemata, cincin emas agak2 nye bape juta le pulak org pompuan spend kan huhuhu. Ape pon terapi terbaik untuk hilang kan stress ialah p shoping... betul tak wahai kaum2 hawa..  But harus di ingatkan belanje ikot kemampuan ye, jangan sampai jadi "BIAR PAPE ASAL BEJAYE" sudah le ahahahahah...



x alasan untuk tidak bershoping....

Hahhahah bye....

No comments:

Post a Comment