Sunday, 10 June 2012

KHASIAT CUKA KURMA.....


Assalammualaikom.. ari ni aku nak citer pasal cuka kurma, kompem ade yang baru 1st time dengarkan. aku pon baru je tau pasal bende ni, pastu aku teros je berdesup p cari hihihi, sbb aku dah tau mane port nak cari bende2 dari tanah arab ni..  

malas nak citer panjang2 kome bace je le info kat bawah ni ha, orang cakap sharing is caring kan haa amik ni kome bace le..

 Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.

 Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit ha kome x payah susah2 nak makan kolejen hihihi). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

 KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

 Masalah gastrik di perut,
 
Masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu),

 Mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

Melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, 

Membersihkan usus (membuang toksik di perut),

Menguatkan sistem perut (masalah buasir), 

Menghilangkan masalah dahaga (panas badan),

Mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), 

Membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). 

Ha kome dah bace kan khasiat nye,, baguskan cuka kurma ni...

Cara- cara nak gune cuka kurma ni....
 1) Campur dengan segelas air suam dan diminum sejam sebelum makan apa2.
 

2) Campur dengan segelas air suam plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…

Aku batuk so cube le cuka kurma ni kot2 boleh redakan batuk aku  ni, aku belom pon p klinik lagi. Malas nak p klinik nak makan ubat batuk. Kome paham je le kang klu mkan ubat batuk sudah nye mengantuk, kang bukan aku je yg mengantuk ngan ank kecik aku pon mengantuk sekali sbb aku breastfeed, sian dia... tu yg aku malas nak makan ubat batuk tuh..

 Aku ade tangkap gambo but cabel plak x bawak ari  ni so aku tempek gambo cuka kurma ni esok je le ye hihihihi. babai..

 

No comments:

Post a Comment