Wednesday 24 October 2012

AWAS ADE YANG MEMERHATI...


Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau “Skim Cepat Kaya” di Jalan Raya?




Kamera AES Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?
Setakat pelaksanaan kamera AES  Malaysia untuk FASA 1 ini, seramai 63,558 pesalah trafik telah pun berjaya dikesan  sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Dalam erti kata lainnya, mereka-mereka ini telah menjadi “pelanggan” kepada 2 syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd…
Kalau sebelum ini ada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meminta Kementerian Pengangkutan Jalan supaya menangguhkan & mengkaji semula pelaksanaan kamera AES Malaysia (Sistem Penguatkuasaan Automatik)
Kami tiada masalah dengan sistem kamera AES Malaysia. Tetapi biarlah ada logik daripada aspek pelaksanaan dan lokasi yang dipilih untuk diletakkan kamera AES Malaysia ini.
Lokasi AES Malaysia Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?

Bagaimana Kamera AES Malaysia Ini Beroperasi?

  1. Secara ringkasnya, lokasi kamera AES Malaysia akan ada satu garisan hitam (sensor) di pasang melintangi “lane” pada “certain points. Dan sensor tersebut dinamakan Piezo Sensor
  2. Kereta akan lalu atas garisan dan jikalau kelajuan kereta tersebut melebihi had yang sepatutnya, sensor (yang telah diprogram untuk mengesan kelajuan yang telah melebihi had) akan hantar signal kepada kamera AES Malaysia ini dan secara automatiknya ia akan “trigger” kamera tersebut untuk menangkap gambar kereta yang telah menjadi “sasaran”
  3. Manakala pada waktu malam, akan terpancar cahaya flash yang menerangi wajah pemandu dan penumpangnya.
Camera AES Malaysia  Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?Terdapat pemasangan 831 kamera AES Malaysia ini di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd
Terus-terang kami katakan, jika kamera AES Malaysia ini diwujudkan untuk bertujuan dan diharapkan mampu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia,kami kurang bersetuju. Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh dilakukan sebagai salah satu usaha tetapi kami sangat yakin impaknya untuk mengurangkan kadar kemalangan amatlah kecil.

Kamera AES Malaysia VS Ragam Pengguna Jalan Raya

Kemalangan atau sebarang kesalahan jalan raya ini semua atas sebab sikap dan mentaliti pengguna jalan raya. Contohnya, apa yang kami perhatikan beberapa senario di jalan raya di depan mata kami seperti …..
  • Kereta masing-masing membawa laju
  • Sampai ke highway Kajang, ada sebiji kamera AES Malaysia ini menyala.  Kereta Proton Perdana yang tengah laju nampak lampu kamera AES Malaysia ini menyala, terus brek secara mengejut, tak tentu arah jadinya kereta-kereta di belakang brek mengejut takut langgar belakang kereta
  • Hampir-hampir berlaku kemalangan
  • Akhirnya jumpa kamera AES malaysia contohnya punyalah “bersopan-santun memandu kereta” tetapi selepas sahaja melepasi kamera tersebut…………………….masing-masing menjadikan pedal minyak untuk berlumba-lumba menekan sekuat hati. Kesudahannya?
Kadang-kadang yang pemandu apabila contohnya kamera AES Malaysia diletakkan di kedudukan strategik yang dirasakan sememangnya patut diletakkan kemara ini, berhati-hatilah membawa kereta. 
  • Ada kami jumpa sebuah kereta Camry, pemandunya brek terus tukar lorong
  • Bayangkan dari 150 kmph, nak “drop” ke 90kmph dengan cepat. Bukankah menyusahkan & membahayakan pemandu lain?
  • Bawa laju, tapi takut kena saman? Erm…..
Saman AES Malaysia Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau Skim Cepat Kaya di Jalan Raya?Tetapi….janganlah sampai ruang dan peluang yang diberikan itu diambil kesempatan denganmeletakkan kamera AES Malaysia syarikat anda secara membuta tuli, bersepah-sepah sehingga lokasi yang tidak sepatutnya diletakkan kemera AES Malaysia, dipacak juga disebabkan atas nama keselamatan. Keselamatan? Keselamatan atau keuntungan?
Hanya di Malaysia, seperti biasa kita akan kaji secara serius apabila sesuatu projek itu sudah berjalan. Seperti apa yang berlaku pada kes meter baru TNB. Apabila sudah siap dipasang barulah keluar arahan mahu dihentikan seketika atas alasan nak kaji balik. Walaubagaimanapun setakat Kementerian Pengangkutan masih lagi belum ambil pusing saranan suara dari Dewan Rakyat….
P/S : Kos sebiji kamera AES Malaysia hampir mencecah RM800,000, dan mula dipasang di merata tempat secara berperingkat-peringkat, baru sekarang minta kerajaan kaji?
PP/S : Apa kata pengguna jalan raya di sini dengan pelaksanaan kameraAES Malaysia ini? Patut atau tidak? Kenapa? Ada yang sudah menjadi pelanggan kepada salah sebuah syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd?
 BERITA DIPETIK DARI: BERITA SEMASA

No comments:

Post a Comment